もっと詳しく

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh memfailkan saman balas terhadap Kamarul Zaman Yusoff berhubung dua hantaran yang mendakwa dia cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Bagaimanapun, pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu dalam tuntutan balas menyatakan dia bersedia membela diri dengan mengemukakan bukti berhubung dakwaan itu di mahkamah. Yeoh memfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Feb lalu. Kamarul memfailkan saman fitnah lebih awal terhadap Yeoh berhubung catatan Facebook wakil rakyat DAP itu pada September 2020. Pensyarah itu menyaman Ye…