Pembinaan empangan hidroelektrik di Nenggiri, Gua Musang kini berada pada peringkat pelaksanaan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Beliau berkata pelaksanaan projek berkenaan bukan sahaja untuk penjanaan tenaga bahkan ia merupakan inisiatif untuk mengurangkan kejadian banjir. “Empangan yang dijangka beroperasi pada 2026 itu bakal menyalurkan 300 megawatt (MW) kepada Grid Nasional apabila siap kelak, selain ia juga dapat menjadi punca bekalan air. “Dalam tempoh terdekat iaitu sekitar satu bulan lagi, projek pecah tanah akan diadakan untuk kita laksanakan (pembina…