もっと詳しく

GLOBAL l Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata bahawa China tahu masa depan ekonominya terikat dengan Barat, selepas memberi amaran kepada pemimpin China Xi Jinping bahawa Beijing mungkin menyesal jika menyebelahi pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. “Saya tidak membuat ugutan tetapi saya menjelaskan kepadanya – memastikan dia memahami akibat membantu Rusia,” kata Biden kepada pemberita mengenai panggilannya dengan Xi, hari ini. “Saya maklumkan bilangan syarikat Amerika dan asing yang meninggalkan Rusia akibat daripada tingkah laku kekejaman mereka.” Pentadbiran Biden terus memberi tekana…