もっと詳しく

PARLIMEN l Data terkini pertumbuhan ekonomi negara, keadaan fiskal, hutang kerajaan serta kaedah mengurangkan defisit dan hutang itu antara persoalan yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, perkara itu terkandung semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada Menteri Kewangan. Turut terkandung dalam sesi itu adalah soalan Dr Maszlee Malik (PH-Simpang Renggam) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai usaha dan inisiatif kementerian untuk membantu para pelakon ser…