もっと詳しく

PRN JOHOR| Bekas menteri Pakatan Harapan (PH) Maszlee Malik gagal menempa kemenangan di DUN Layang-Layang, apabila kecundang di tangan BN. Dengan kira-kira 90 peratus undi dikira setakat jam 9.32 malam tadi, calon BN Mutalib Rahim meraih 7,309 undi, jauh meninggalkan Maszlee yang kini bernaung di bawah PKR di tempat kedua dengan 4,613 undi. Layang-Layang menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Mutalib, Maszlee, K Alagathiran dari PN dan Ahmad Shafiq Othaman dari Pejuang. Setakat perkiraan terkini, PN mendapat 1,213 undi mankala Pejuang mendapat 168 undi. Bekas menteri itu ditampilkan PKR…