もっと詳しく

Peguam Negara Idrus Harun digesa menjelaskan lebih banyak persoalan yang timbul mengenai “anugerah akhir” AS$14.92 bilion (RM62.6 bilion) oleh penimbang tara Sepanyol kepada apa yang dikatakan waris kesultanan Sulu itu. Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata Idrus harus menjawab peguam yang mewakili pihak menuntut Sulu yang telah menafikan kenyataan peguam negara yang dikeluarkan pada 28 Feb. “Melalui dua laporan berasingan yang mengejutkan, wakil peguam pihak menuntut “waris” Kesultanan Sulu, mendakwa dengan bahasa yang keras bahawa sekurang-kurangnya dua bahagian daripada kandungan ken…