Ketua sayap wanita Pejuang Che Asmah Ibrahim menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mengenai keputusan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad membenarkan Lynas Malaysia Sdn Bhd meneruskan operasi. Dalam satu kenyataan hari ini, Che Asmah berkata Mahathir telah bertindak atas nasihat Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Materials Plant (LAMP) kerajaan yang ditubuhkan pada 2018. Che Asmah berkata jawatankuasa itu tidak mengesyorkan penutupan kilang penapisan Lynas di Gebeng, Pahang. “Mahathir selaku perdana menteri ketika itu telah bertindak …