PARLIMEN | Seorang ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar tindak tunduk kepada mana-mana “tekanan” yang mahukan pilihan raya umum (PRU) diadakan segera. Menurut Anthony Loke (PH-Seremban) sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk diadakan PRU. Kata Loke, banyak pihak tahu ketika ini Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, memberikan tekanan kepada kerajaan agar parlimen dibubarkan bagi membuka laluan kepada PRU ke-15. “Pokoknya sekarang bukan masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya. “Saya nak cadangkan kepada Bera (Ismail Sabri) supaya jangan tunduk…