Bekas menteri pengangkutan Anthony Loke membidas penggantinya, Wee Ka Siong kerana tidak hadir di Dewan Rakyat untuk menjawab soalan mengenai sistem ujian memandu automatik (e-Testing). “Yang pertamanya saya nak tanya YB timbalan menteri, sama ada YB menteri pengankutan ini terlalu sibuk berkempen di Johor sehingga lupa tugas hakiki untuk menjawab soalan di parlimen. “Ponteng parlimen pada pagi ni,” kata ahli parlimen DAP itu. Ahli Parlimen Seremban itu berkata dia juga turutn berkempen di Johor tetapi pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi tadi untuk menghadiri sidang parlimen. “Setiausaha …