もっと詳しく

Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, bertaruh hampir AS$87 juta di sebuah kasino di Las Vegas dan kerugian AS$26 juta. Perkara ini didedahkan eksekutif di The Venetian Resort, Kirk Godby ketika memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng di mahkamah di Amerika Syarikat (AS). Menurut Godby, baccarat adalah permainan kegemaran Low dan dia dianggap sebagai tetamu “premium”. Menurut laporan Bloomberg, Godby dalam keterangannya berkata Ng bersama-sama Jho Low berjudi pada November 2010 – satu-satunya kunjungan Ng ke resort itu. Tempoh itu – iait…