Ketua Pemuda PKR (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendakwa bekalan elektrik di sebuah pusat pengundian kerusi DUN Larkin di Johor Bahru, terputus ketika proses pengiraan undi. Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bekalan elektrik di Dewan Raya Taman Century, terputus kerana set janakuasa berhenti beroperasi secara tiba-tiba. “Saya difahamkan DM Dewan Raya Taman Century di Larkin sudah mula kira, tapi blackout. PACA (Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Kiraan Undi) kami tengah fight minta tangguh pengiraan dulu! “Macam mana ini berlaku tahun 2022?” soalnya di Twitter, hari ini. Say…