PRN JOHOR | Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata beliau melihat peluang kemenangan BN pada pilihan raya kali ini adalah cerah, namun gabungan parti itu tidak mahu hanya memperoleh majoriti mudah. “Peluang, sudah tentu saya mewakili Barisan Nasional tentu saja peluang bagi saya adalah baik tetapi seperti saya katakan setiap apa pun pertandingan sebelum wisel penamat ditiupkan dan diisytiharkan kemenangan, kita masih tidak boleh katakan kita sudah menang,” katanya. Beliau berkat…