もっと詳しく

Tindakan bekas Ketua Bersatu Bahagian Tebrau Mazlan Bujang meletakkan jawatan dan keluar daripada parti dipercayai merupakan satu langkah politik. Pemangku Ketua Bersatu Bahagian Tebrau Kamaruzzaman Abu berkata seharusnya Mazlan mengambil tindakan itu lebih awal sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diumumkan, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau berkata Mazlan juga telah berulang kali menolak untuk menjadi calon kerusi Ahli Parlimen Tebrau dan DUN Tiram sejak 1 Jan lepas, untuk persediaan bahagiannya itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu sebelum pengumuman P…