Selepas beberapa penangguhan, Mahkamah Rayuan Singapura akan mendengar rayuan terakhir Nagaentran K Dharmalingam terhadap hukuman matinya pada akhir bulan depan. Mahkamah menunda perbicaraan pada Isnin minggu ini (24 Jan) selepas peguam warga Malaysia itu meminta penangguhan, lapor The Straits Times. Rayuan itu pada mulanya dijadualkan didengar pada 30 Nov tahun lepas. Bercakap kepada Malaysiakini, peguam N Surendran berkata perbicaraan baru di mahkamah akan berlangsung antara 21 Feb dan 4 Mac. “Tarikhnya antara 21 Feb dan 4 Mac. Kami tidak tahu tarikh mana lagi,” kata Surendran ketika dihubun…