Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis menjelaskan kesemua pelaburan di luar negara oleh entiti pemastautin tertakluk pada syarat di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang (AKPW) 1953 yang telah dikuatkuasakan sebelum 2013, yang selepas itu diganti oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. BNM menambah, syarat-syarat tersebut dan kriteria yang mengawal pelaburan tersebut adalah telus dan diterbitkan dalam laman sesawang BNM. “Kesemua permohonan yang dihantar oleh 1MDB, termasuk permohonan yang dinyatakan di atas, adalah tertakluk pada kriteria kelulusan dan proses tadbir urus dalaman yang digunakan da…