もっと詳しく

WAWANCARA | Mohamad Ariff Md Yusof memiliki keupayaan untuk menampilkan dirinya sebagai seorang yang arif dan bersahaja, bertenaga, elegan, bersikap diplomasi dan berterus terang. Sikap itu diterjemahkan dalam buku terbarunya (menurutnya bukan memoir) yang mengisahkan tempoh perkhidmatan dan penyingkirannya – sebagai Speaker Dewan Rakyat. Pagi itu merupakan pagi Jumaat ketika kami berbual melalui Zoom. Ariff berpakaian kasual, berkemeja biru tua berlengan pendek. Penulis terkejut kerana tidak biasa melihatnya berpakaian sedemikian selain jubah speaker hitam yang sering dipakainya. Sudah 19 bul…