もっと詳しく

Awal suku tahun kedua tahun ini merupakan garis masa realistik untuk pembukaan semula sempadan negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Khairy berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah memberi masa dua minggu kepadanya dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyediakan garis panduan bagi pembukaan sempadan. Namun jelasnya ini tidak bermakna sempadan negara akan dibuka dalam masa dua minggu lagi, kerana perkara itu perlu dibincangkan di beberapa peringkat terlebih dahulu. Katanya garis panduan berkenaan perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dip…