もっと詳しく

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan organisasi itu berjumlah US$6.94 juta untuk kegunaan peribadinya dengan membeli pelbagai aset mewah termasuk rumah, kereta dan tanah. Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini bahawa selain itu, sepanjang tempoh Shahrum Nizam, 41, memiliki dan diamanahkan terhadap wang rampasan tersebut, dia telah melupuskan sebahagian wang eksibit US$6.94 juta dengan menukarkannya kepada Ringgit Malaysia melalui dua saksi. Menurutny…