もっと詳しく

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. Bekas perdana menteri dan menteri besar Johor itu berkata beliau berhasrat membantu ekonomi negeri itu yang terjejas akibat wabak Covid-19 dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menyediakan latihan kemahiran. “Saya akan bantu Johor. Siapa pun yang bakal dipilih sebagai menteri besar, dia adalah orang yang layak,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor bagi Dewan Undangan Nege…