もっと詳しく

Seorang wanita berusia 35 tahun dilahirkan di kem pelarian di Cherating, Pahang, yang ibu bapanya pelarian Islam dari Kemboja, gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk diisytiharkan sebagai warganegara Malaysia. Rayuan Azimah Hamzah ditolak panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera serta Datuk Gunalan Muniandy. Vazeer Alam yang menyampaikan keputusan mahkamah secara maya berkata mahkamah bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Azimah bukan individu tidak bernegara. Beliau berkata Mahkamah Rayuan tidak men…