もっと詳しく

Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kampung Sungai Baru menggesa pejabat Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim memberi kenyataan bertulis berhubung perbincangan antara menteri dengan penduduk yang diadakan baru-baru ini. “Kami merasakan bahawa sesi perjumpaan ini tidak diambil secara serius berikutan jemputan yang terlalu mendadak dan tiada sebarang minit mesyuarat diambil oleh PKB (Perbadanan Kampung Baru) atau wakil kementerian. “Sehubungan dengan itu, kami meminta pejabat Menteri atau PKB untuk mengeluarkan kenyataan bertulis kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galia…