Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan dakwaan salah laku dan integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata individu yang dipanggil meliputi kakitangan daripada Mara, Mara Corporation (Mara Corp) dan sebuah syarikat setiausaha korporat yang terlibat. “SPRM akan memanggil beberapa lagi individu daripada ketiga-tiga pihak berkenaan untuk dirakam kenyataan,” katanya kepada Bernama malam tadi. Dia bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah individu yang akan dipangg…