もっと詳しく

ULASAN | Saya merujuk kepada kenyataan daripada Menteri Pendidikan, Budaya, Riset dan Teknologi (Mendikbudristek) Tuan Nadiem Anwar Makarim berkenaan cadangan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Asean [1]. Walaupun secara zahirnya Nadiem kelihatan menolak cadangan ini, beliau meletakkan dua keutamaan yang saya fikirkan positif iaitu: (i) Bahawa beliau percaya Bahasa Indonesia lebih cocok untuk dijadikan bahasa rasmi Asean berbanding bahasa Melayu. (ii) Perkara ini “perlu dikaji dan dibahas lebih lanjut di tataran regional”. Takrif bahasa Mela…