Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin memberi peringatan bahawa penduduk Sabah mahukan projek-projek yang dirancang agar disiapkan, bukan setakat diumumkan sahaja. Bersuara di kala dua bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan Najib Razak bertegang urat berhubung tampuk kepemimpinan Sabah, Bung berkata kepercayaan yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri harus dihargai dengan cara wakil rakyat bekerja bersungguh-sungguh membangunkan negeri. “Rakyat meletakkan kepercayaan serta aspirasi yang tinggi kepada kerajaan yang ada hari ini,” katanya dalam kenyataan semalam, seperti dipet…