もっと詳しく

Memorandum persefahaman (MOU) mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia di Malaysia tidak akan ditandatangani di Bali minggu depan seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Menteri Sumber Manusia M Saravanan. The Star memetik Saravanan sebagai berkata bahawa Malaysia masih menunggu tarikh pemeteraian baru pada lewat bulan ini. “Kami masih menyasarkan untuk memuktamadkan MOU dalam bulan ini kerana kami menyedari permintaan mendesak untuk pembantu rumah dalam kalangan majikan tempatan,” kata Saravanan seperti dilaporkan. Pada 24 Jan, selepas bertemu dengan rakan sejawat dari Indonesia, Ida Fau…