Seorang pemimpin PAS hari ini menyuarakan harapan agar hubungan “adik beradik” parti itu dengan Umno yang sedikit tegang segera pulih dan kembali jernih. Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata ramai pihak yang bersedia untuk meraikan putusnya hubungan PAS dengan Umno yang bertaut selepas puluhan tahun bertelagah. “Harapan saya begitulah juga. Biarpun panas dan tegang situasi politik mutakhir ekoran berbalas ‘serangan’ antara PAS dan Umno, ia akan segera reda dan hubungan adik beradik ini kembali jernih. “Saya menzahirkan harapan ini kerana memahami, di sana terdapat pihak yan…