Kertas siasatan kes seorang bayi yang meninggal dunia di pusat jagaan yang dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sembilan sebelum ini telah dikembalikan semula dengan beberapa arahan lanjut yang perlu diambil tindakan dalam melengkapkan siasatan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata polis mengambil masa menyiasat kes itu kerana perlu mendapatkan beberapa laporan daripada agensi berkaitan bagi memastikan siasatan dibuat secara menyeluruh, adil dan saksama. “Polis tidak pernah sesekali menafikan hak sesiapa dalam menjalankan siasatan kes ini yang disias…