もっと詳しく

Gelaran yang dilemparkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kepada Umno seperti ‘itik patah kaki’ bukanlah sesuatu yang luar biasa, kata Pengarah Komunikasi BN, Dr Shamsul Anuar Nasarah. Ini kerana katanya parti Islam itu pernah memberikan bermacam gelaran kepada Umno seperti ‘taghut’, anti-Islam, malah ‘kafir’. “Taghut, anti-Islam, malah kafir pun pernah dilemparkannya. “Kerana itu bila keluar pula tuduhan Umno umpama “itik patah kaki”, ia juga bukan luar biasa. Kerana itulah cara dan sikap PAS sejak dulu. “Saya cuma hairan. Dalam keadaan mahu Umno bersama, pimpinan Umno dilabelnya dengan pelbaga…