COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 16 kematian baru direkodkan semalam (25 Jan), menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 31,918 orang. Daripada jumlah kematian baru itu, tiga (18.8 peratus) daripada mereka menghembuskan nafas terakhir di luar pusat kemudahan kesihatan. Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 967 kematian bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah. Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu …